top of page

Retreat MGBM Tingkat Pengetahuan Berorganisasi

  • Writer: Majlis Gabungan Belia Melaka
    Majlis Gabungan Belia Melaka
  • Mar 14, 2016
  • 1 min read

BARISAN kepimpinan MGBM bergambar kenangan bersama Tuan Rosli Saad, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY).

PORT DICKSON 14 Mac. - Seramai 20 orang barisan kepimpinan MGBM berkursus di Lexis Hibiscus Port Dickson, kelmarin.

Presiden MGBM, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, program Retreat MGBM ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan mengenai kepimpinan malah memberi ruang untuk lebih mengenali antara satu sama lain yang antara sebelum ini sibuk dengan komitmen masing-masing.

Katanya, modul kursus yang dijalankan adalah sangat menarik dan mudah difahami oleh semua peserta.

"Kita pilih tempat sebegini bukan bermakna kita mahu membazir tetapi juga sebagai penghargaan kepada barisan kepimpinan yang bersama menjayakan aspirasi dan pembangunan belia sepanjang mereka berada di dalam MGBM," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Antara pengisian lain adalah sesi perkongsian oleh Tuan Mohd Sukor Md Yusoff, mantan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, sesi latihan dalam kumpulan, dan penerangan ROY.

 
 
 

Comentarios


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic

Alamat:

Majlis Gabungan Belia Melaka

No. M1-2-16, Kompleks Yayasan Belia Sedunia (WAY), Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya 75450 Melaka.

Telephone : +606-234 3634

Fax : +606-234 6258
Email : mgbmelaka@gmail.com

Laman Sosial Facebook!

 

Jom dapatkan info terkini

program-program belia di

Facebook!

 

 

Ruang Pengiklanan..!

 

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam laman web MGBM.

  • s-facebook
Jom Aktif Persatuan!

 

Ingin menjadi SUKARELAWAN MGBM? Tetapi tidak tahu bagaimana? Jom sertai kami!

​​​

© 2015 by Mohd Rabbani Wakiman

bottom of page