top of page

Konvoi Belia Prihatin MGBM Bantu Belia Raikan Aidilfitri

  • Writer: Majlis Gabungan Belia Melaka
    Majlis Gabungan Belia Melaka
  • Jul 6, 2015
  • 1 min read

NORPIPAH Abdol membuat pelepasan Konvoi Belia Prihatin MGBM sempena bulan Ramadhan di Pejabat MGBM, baru-baru ini.

AYER KEROH 6 Julai - Konvoi Belia Prihatin Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) sempena bulan Ramadhan bertujuan membantu golongan yang memerlukan khususnya para belia di negeri ini.

Presiden MGBM, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, usaha itu bagi menceriakan golongan memerlukan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Katanya, konvoi berkenaan diadakan dalam dua fasa, fasa pertama ialah Parlimen Jasin, Alor Gajah dan Masjid Tanah melibatkan seramai 30 penerima.

"Manakala fasa kedua pada 4 Julai ini meliputi kawasan Tangga Batu, Bukit Katil dan Kota Melaka melibatkan 30 penerima, sumbangan berbentuk kuih raya dan wang tunai."

"Kita pilih setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) seramai tiga penerima khususnya golongan belia yang memerlukan seperti anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan fakir miskin," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Konvoi Belia Prihatin MGBM sempena bulan Ramadhan ini telah dirasmikan Timbalan Exco pembangunan Belia dan Warisan, YB Datuk Norpipah Abdol di Pejabat MGBM di sini Ahad lalu.

Ridhwan berkata, konvoi berkenaan turut mendapat penyertaan dari golongan belia Cina dan India melibatkan 30 buah kereta.

ZALI Mat Yasin turut bersama Konvoi Belia Prihatin MGBM fasa kedua di Pejabat MGBM, baru-baru ini.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic

Alamat:

Majlis Gabungan Belia Melaka

No. M1-2-16, Kompleks Yayasan Belia Sedunia (WAY), Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya 75450 Melaka.

Telephone : +606-234 3634

Fax : +606-234 6258
Email : mgbmelaka@gmail.com

Laman Sosial Facebook!

 

Jom dapatkan info terkini

program-program belia di

Facebook!

 

 

Ruang Pengiklanan..!

 

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam laman web MGBM.

  • s-facebook
Jom Aktif Persatuan!

 

Ingin menjadi SUKARELAWAN MGBM? Tetapi tidak tahu bagaimana? Jom sertai kami!

​​​

© 2015 by Mohd Rabbani Wakiman

bottom of page