MPAT Majlis Belia Malaysia Ke-63
- Majlis Gabungan Belia Melaka
- Jan 19, 2015
- 1 min read

MOHD Ridhwan Mohd Ali berjaya terpilih sebagai Exco Majlis Belia Malaysia sesi 2014 - 2016.
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia kali ke-63 menyaksikan satu-satunya calon dari Melaka terpilih sebagai Exco Majlis Belia Malaysia sesi 2014-2016, di Hotel Istana Kuala Lumpur, semalam.
Mohd Ridhwan merupakan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka mewakili belia Melaka ke MBM berkata bahawa beliau amat berterima kasih atas sokongan padu dari para perwakilan dan rakan-rakan belia yang memilih beliau sebagai Exco MBM yang baharu.
Terdahulu, MGBM diwakili Saudara Nasrul Ahmad, Setiausaha Agung MGBM sebagai Naib Presiden MBM bagi sesi 2012-2014. Beliau tidak mempertahankan jawatan tersebut dan memberi ruang kepada muka baharu dalam struktur organisasi NGO terbesar di Malaysia ini.
"Sebagai orang muda kita perlu memberi sepenuh komitmen dan menyempurnakan harapan orang muda terhadap pembangunan belia khususnya di peringkat cawangan", katanya semasa sesi memperkenalkan diri sebagai calon Exco MBM.
Perwakilan dari MGBM masing-masing adalah Saudara Abd Latif Arshad, Saudara Mohd Tajuddin Abd Ghani, Saudara Linesh Khandhar, Saudara Lim Sze Huat, Puan Azniza Ahmad Khuzari, Saudara Mathiyalagan Elloo, Saudara Mohd Ismanizam Ismail, Saudara Mohd Aidhil Md Sani dan Saudara Wong Soon Yu.
Comments