5 Dilantik Perkukuhkan MGBM
- Majlis Gabungan Belia Melaka
- Jan 8, 2015
- 1 min read

LIM Ban Hong terima watikah perlantikan Exco MGBM daripada Mohd Ridhwan (dua dari kanan), di Pejabat MGBM, baru-baru ini.
AYER KEROH 7 Jan.- MGBM melantik 5 orang exco melengkapkan Jawatankuasa Kerja MGBM bagi sesi 2014-2016.
Presiden MGBM, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, perlantikan ini dapat memperkukuhkan lagi organisasi NGO terbesar negeri Melaka terutama dalam pembangunan belia setempat.
Katanya, gabungan kepakaran, kebolehan dan komitmen ahli jawatankuasa kerja MGBM membolehkan MGBM terus mengorak langkah ke hadapan mendepani isu-isu belia meliputi gejala sosial, pengangguran, pendidikan dan jurang pendapatan.
"MGBM kini akan lebih proaktif dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda terutama mahasiswa dan pekerja muda menyertai pertubuhan belia supaya terus mendapat pembelaan sewajarnya," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat exco MGBM kali pertama tahun 2015.
Antara lantikan tersebut adalah YB Datuk Lim Ban Hong, Intan Safinas Ab Rahim, Yusni Wahab, Arif Faiz Zainuddin dan Zaini Muhamad.
Comments