FitMelaka Capai Sasaran Penyertaan Teramai
- Majlis Gabungan Belia Melaka
- Apr 13, 2016
- 1 min read

MOHD Fauzi Ariffin hadir bersama Datuk Hatipah Ibrahim di FitMelaka Masjid Tanah, baru-baru ini.
MASJID TANAH 10 Apr. - Seramai 15,000 orang menyertai FitMelaka di Taman Rekreasi Bukit Beringin, Masjid Tanah seawal jam 6.00 pagi, di sini.
YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia berkata, penganjuran FitMelaka kali ini merupakan antara yang terbaik pernah dianjurkan dan beliau amat berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang memilih Masjid Tanah sebagai bandar kedua selepas bandar Miri, Sarawak.
FitMelaka dimulai dengan senamrobik yang diketuai sendiri oleh YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
"Kehadiran ramai orang muda di Masjid Tanah ini bukti penerimaan rakyat terhadap program berbentuk kecergasan yang mana 'Core Event' adalah berbasikal dan larian," kata Encik Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden MGBM semasa di majlis berkenaan.
Majlis diteruskan dengan pelbagai aktiviti kecergasan sehingga jam 4.00 petang. Turut hadir sebagai perasmi adalah YAB Datuk Seri Ir Idris Haron, Ketua Menteri Melaka dan isteri, Datuk Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah JBSM dan Encik Mohd Fauzi Ariffin, Pengarah JBSNM.
Comments