Kelab Belia Malaysia Negeri Melaka (MAYC), Gerakan Belia Bersatu Malaysia Negeri Melaka (GBBM), Persatuan Belia Sakti Negeri Melaka (PBSM), Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Melaka (ABIM), Majlis Kelab Bell Belia Tamil Negeri Melaka (MKBBT), Majlis Belia India Malaysia Negeri Melaka (MIYC), Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka (BSM), Persatuan Pandu Puteri Malaysia Negeri Melaka & Persatuan St. John Ambulans Malaysia Negeri Melaka. MGBM juga menerima 2 buah pertubuhan belia bersekutu iaitu Gabungan Pelajar Malayu Semenanjung Negeri Melaka (GPMS) & Majlis Belia Felda Negeri Melaka (MBFM).
Pengerusi Pertama : YAB Datuk Setia Hj. Abd Ghani bin Ali (26 Februari 1975 hingga 5 April 1980)
Pengerusi Kedua : YB Datuk Hj. A. Samad bin Kassim (6 April 1980 hingga 27 Disember 1986)
Pengerusi Ketiga : YB Datuk Wira Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam (28 Disember 1986 hingga 3 November 1996)
Pengerusi Keempat : YBhg. Datuk Md Sirat bin Abu (4 November 1996 hingga 29 September 2002)
Pengerusi Kelima : YB Datuk Ir. Idris bin Hj. Haron (30 September 2002 hingga 2 Januari 2010)
Presiden Keenam : YB Senator Tuan Zali bin Mat Yasin (3 Januari 2010 hingga 30 November 2014)
Presiden Ketujuh : YBhg. Encik Mohd Ridhwan bin Mohd Ali (1 Disember 2014 hingga kini)
Pengenalan
Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) yang didaftarkan pada 19 Ogos 1975 adalah sebuah badan sukarela di negeri Melaka yang mendokong sepenuhnya aspirasi dan agenda nasional.
Sebanyak 14 buah pertubuhan belia telah bergabung dengan MGBM iaitu Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin, Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah, Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka, Persatuan Kelab-
