top of page

Kita sebagai pemimpin yang berada di era globalisasi yang serba "Up-to-date" wajar mempertahankan warisan daripada kesinambungan kepimpinan terdahulu. Sedia ataupun tidak, kita perlu menerima tanpa syarat institusi ini untuk diteruskan legasinya. Maka, kita perlu menyusun semula landskap dan persekitaran agar MGBM kembali energetik serta sesuai dengan keperluan dan kehendak orang muda zaman ini. Dengan idealisme dan keupayaan gandingan pemimpin belia dalam MGBM, sudah pasti kita mampu berdikari dan berupaya memberikan nafas agar MGBM terus mampu berjuang dan maju ke hadapan untuk tempoh sekurang-kurangnya 60 tahun lagi.

 

Setinggi-tinggi penghargaan buat YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka yang sentiasa memberi ruang dan peluang kepada MGBM untuk terus menabur bakti. Tidak dilupakan YB Senator Tuan Zali bin Mat Yasin, mantan Presiden MGBM ke-6 yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami di MGBM. MGBM juga mengharapkan sokongan dan kerjasama padu daripada Kementerian Belia & Sukan terutama YB Tuan Khairy Jamaludin, Menteri Belia & Sukan Malaysia serta Encik Mod Nadzri bin Yaacob, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka untuk bersama memperkasakan belia terutama belia berpersatuan yang menjadi denyut nadi kerajaan Malaysia.

 

Akhir kata, marilah bersama menjayakan agenda transformasi ke arah kecemerlangan selaras dengan aspirasi YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia, berminda kelas pertama dan berdaya saing di peringkat global.

 

Sekian.

 

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

"KOMITED KE ARAH KEJAYAAN"

 

Encik Mohd Ridhwan bin Mohd Ali

Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka

​​Dari Meja Presiden

Assalamualaikum, Salam 1 Belia 1 Malaysia​

 

SEBAGAI sebuah pertubuhan yang kini hampir mencecah usia 40 tahun, MGBM boleh diandaikan masih berada pada usia BELIA. Kalau dibandingkan dengan seorang manusia, pastinya ia merupakan "manusia" yang berpengalaman dan berpengaruh tetapi MGBM masih lagi memerlukan sokongan semua pihak termasuklah kepimpinan seluruh lapisan masyarakat. Kalau kita bandingkan dengan sebuah rumah, sudah tentu kita tergambar sebuah bangunan yang penuh keceriaan dan penuh warna-warni. Begitu juga dengan MGBM yang masih perlu dicorakkan dengan pelbagai seni kepimpinan yang kreatif dan inovatif.

Alamat:

Majlis Gabungan Belia Melaka

No. M1-2-16, Kompleks Yayasan Belia Sedunia (WAY), Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya 75450 Melaka.

​

​Telephone : ​+606-234 3634

Fax : +606-234 6258
Email : mgbmelaka@gmail.com

Laman Sosial Facebook!

 

Jom dapatkan info terkini

program-program belia di

Facebook!

 

 

Ruang Pengiklanan..!

 

Hubungi kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam laman web MGBM.

  • s-facebook
Jom Aktif Persatuan!

 

Ingin menjadi SUKARELAWAN MGBM? Tetapi tidak tahu bagaimana? Jom sertai kami!

​​​

© 2015 by Mohd Rabbani Wakiman

bottom of page