Konvoi Misi Bantuan Pasca Banjir Bersama Unit IPT JKMM
- Majlis Gabungan Belia Melaka
- Jan 23, 2015
- 1 min read

RIDHWAN bergambar bersama sukarelawan MGBM yang mengikuti misi bantuan Unit IPT JKMM di Seri Bendahara, baru-baru ini.
AYER KEROH 23 Jan. - Seramai 600 orang dari sekretariat sukarelawan IPT terlibat konvoi misi bantuan pasca banjir ke Tumpat, Kelantan.
Konvoi diketuai Encik Mustafa Musa, Pengurus Besar TAPEM bersama Encik Mohd. Ridhwan Mohd. Ali, Presiden MGBM ke Tumpat, Kelantan membawa misi bantuan membersihkan kawasan yang terjejas banjir.
Mohd. Ridhwan Mohd. Ali, Presiden MGBM berkata, usaha murni ini perlu diterapkan dalam kalangan mahasiswa supaya mereka akan ada rasa tanggungjawab dan prihatin kepada masyarakat luar yang menghadapi musibah banjir ini.
"Kita amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana turut menyokong usaha Sekretariat Sukarelawan IPT", jelas Encik Mustafa Musa.
Comments