Malam Jasamu Dikenang MGBM Rapatkan Hubungan Exco Lama Dan Exco Baru
- Majlis Gabungan Belia Melaka
- Jan 21, 2015
- 1 min read

RIDHWAN menyerahkan cenderamata kenangan kepada Datuk Seri Idris Haron, Ketua Menteri Melaka di Hotel KOBEMAS, baru-baru ini.
AYER KEROH 21 Jan. - Seramai 300 orang hadir di Malam Jasamu Dikenang Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Hotel KOBEMAS bagi tujuan merapatkan hubungan antara exco lama dan exco baru.
Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden MGBM berkata, majlis ini bukan sahaja merapatkan hubungan antara exco lama dan exco baharu malah dapat beramah mesra bersama YAB Ketua Menteri Melaka.
Majlis dimulai dengan qasidah dari kumpulan Maulid Dibaie dan ucapan penghargaan oleh Presiden MGBM kepada tetamu-tetamu yang hadir di hotel berkenaan.
"Kehadiran mantan-mantan Presiden MGBM seperti Tan Sri Mohd Ali Rustam, Datuk Md. Sirat Abu, Tuan Zali Mat Yasin dan YAB Ketua Menteri sendiri sedikit sebanyak memberi semangat kepada barisan exco MGBM yang baru dalam meneruskan legasi kepimpinan MGBM," kata beliau semasa di majlis berkenaan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada exco-exco lama dan kunjung hormat exco baru kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
Comments