MGBM Kekalkan Keharmonian Dalam Pemilihan
- Majlis Gabungan Belia Melaka
- Dec 1, 2014
- 1 min read

RIDHWAN bersama Jawatankuasa Kerja MGBM sesi 2014-2016 di Bayou Lagoon Resort
BUKIT KATIL 30 Nov. - Seramai 180 orang perwakilan menunaikan tanggungjawab memilih Jawatankuasa Kerja MGBM bagi sesi 2014-2016 di Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MGBM kali-32 bertempat di Bayou Lagoon Resort.
Mesyuarat dwi tahunan itu menyaksikan Mohd Ridhwan Mohd Ali, 28, telah menang tanpa bertanding sebagai Presiden MGBM ke-7 menggantikan YB Senator Zali Mat Yasin yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Turut menang tanpa bertanding, Azniza Ahmad Khuzari, Mohd Tajuddin Abd Ghani, Suhaizan Noh, Linesh Khandhar, Mathiyalagan Eloo dan Lim Sze Huat bagi jawatan Naib Presiden. Manakala, Abd Latif Arshad, Manivannan Suberamaniam dan Shahrom Mohd, masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Bendahari Kehormat.
Seramai 8 orang exco dipilih melalui proses pengundian ini termasuklah Ismanizam Ismail, Mohd Aidhil Md Sani, Muhamad Baktiar Raihan, Fasarul Md Isa, Mohamad Arib Abu Kassim, Mohd Hamka Abd Rahman, Zaiton Sidek dan Fadhly Md Nawawi. Manakala 2 orang exco, Wong Soon Yu dan Ravi Devaras masing-masing menang tanpa bertanding atas kuota kaum Cina dan India.
MPAT MGBM turut dihadiri YAB Ketua Menteri Melaka dan isteri, Encik Shamsul Musa, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Comments